Perjalanan Kami

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 16, 2011

Misi baru fokus menulis journal usaha mendapatkan zuriat

Sambungan dari post lepas...

Macam saya kata dulu, misi blog kali ni dah berubah...
Saya dan isteri sedang berusaha untuk mendapat kan anak a.k.a zuriat.
Usia perkahwinan kami dah genap 3 tahun sekarang... sejak setahun lepas kami makin giat berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dah beberapa cara kami dah cuba. Buat masa sekarang masih belum berhasil.

Tapi jangan risau, hati kami masih kuat... kami akan terus berusaha... insyaallah kami percaya Allah akan memberkati usaha kami dan suatu hari nanti kami juga akan mendapat anak a.k.a zuriat seperti juga pasangan lain.

Dalam post ini saya akan berkongsi usaha-usaha yang kami dah buat dan akan buat. Saya juga akan kongsi maklumat-maklumat yang saya dapat dari pelbagai sumber tentang topik bagaimana nak mendapatkan anak atau zuriat.

Kami percaya ramai juga di luar saya yang berkongsi masalah seperti kami. Semoga para pembaca tak kira yang mempunyai masalah yang sama atau tidak dapat memberi sokongan dengan usaha kami ini.

{ Mr. Pogh Pogh }

No comments:

Post a Comment